Thursday 31 May 2012

Tekanan...

seminggu, 10 kelas.....
mau nangis ni....
but, it's fun.... layan karenah orang tua, tapi perangai mengalahkan budak tadika... every 5 mins nak pergi tandas. kelas saya tu boring sangat ke?

Tuesday 8 May 2012

Thursday 3 May 2012

Permintaan~


Saya pernah cakap kat awak. Permintaan saya. Tak rumit awak. Tapi awak abaikan permintaan saya. Jangan sampai saya give up. Saya dah letih nak faham awak. Awak tolong faham saya boleh? Jangan sampai awak tak jumpa saya. Jangan sampai hati saya saya terberi pada orang lain. Dia boleh baca fikiran saya. Dia dah runtuhkan tembok pertama saya….

Awak, dia orang biasa yang saya pernah suka. Tapi baru sekarang saya beritahu dia. Dia pun rasakan benda yang sama. Getaran yang sama. Rasa yang sama. Perasaan itu bersama awak saya tidak rasa lagi. Mungkin saya tersilap menerima awak kali kedua. Luka saya itu tidak pernah pulih. Dalam hidup saya tercatat awak pernah tinggalkan saya untuk perempuan lain. Benda itu saya ingat. Mungkin kita silap percaturan…

Saya sudah bersusah senang dengan awak. Jangan awak mengatakan saya kejam terhadap awak. Masa awak tinggalkan saya, saya hadapi kematian saudara, pakcik yang koma… Jangan rasakan orang lain kejam sedangkan awak lebih kejam dari itu.

Saya dah penat awak…
Permintaan saya sedikit pun awak tidak penuhi…
Saya minta awak buat saya sayang awak.

Wednesday 2 May 2012

Bachelorette party!!!

Disebabkan one of my geng nak nikah kurang daripada sebulan... me and my friends adakan Bachelorette party!!! Walaupun penat sambut birthday sendiri malam itu.... Harini pula penat yang amat sangat.... Tema party tu putih/pink but saya tak ada baju pink....



The bride to be memang tak tahu langsang... Terima kasih diatas kerjasama tunangnya, kakak serta kawan-kawan yang lain sebab tipu dia.... tipu sunat. Kita orang dah minta maaf tau....
Party yang sangat best sebab ada games yang sangat cool dan semua sangat-sangat sporting....
Sempat juga ambil gambar pre-wedding yang sopan-sopan tau....
Disini tak ada picture diatas sebab-sebab tertentu.....

p/s : semua kawan-kawan saya sangat cantik dan matang sekarang... waaa... nak nangis.

Monday 30 April 2012

Saya memang sengaja...

Saya memang sengaja sorok tarikh birthday saya. Sebab saya tak nak orang tulis "HB!" kat wall facebook saya....
Seriously, its annoying-lah! (orang Malaysia memamg suka tambah "-lah")
What is HB?
So, orang yang ingat birthday saya tu, terima kasih banyak-banyak.
Sayang awak semua....



p/s : si Bujang Felda tu ingat rupanya.....

Tuesday 17 April 2012

Kena paksa....

Wua.....
Daku dibuli lagi.... dengan Bujang Felda la....
Nak sangat rasa masakan aku kan? Memang aku bagi rasa...
Setuju je diriku nak masak, dapat mesej; "jalan jammed". Laju bebenor lah keluar rumah....
Dengan skill yang 'teramat' hebat ini, dengan pantas masak...

*Google*
*masa memasak, langsung tiada rupa seperti diatas*


Sebenarnya, ribut juga la hari itu... Tapi, punyalah bising aku memasak, adik aku tu tak sedar langsung, tidur lena....

Akhirnya terhidanglah masakan teramat ringkas, adik aku pun bangun apabila makanan siap dihidang... (Ilmu apa yang dia pakai eh?)

p/s : dapat pujian... Maybe sebab tak masak sardine, we both can't telan benda tu...

Friday 13 April 2012

Pelik lah!

Pelik dengan sikap manusia sekarang.
Yang bertunang, diheboh-hebohkan, kalah orang kahwin.
Yang berkahwin, sah, halal, nak disorokkan...
Yang masuk club dibanggakan, yang perlu simpan didedahkan, tak 'cool' kalau tak tonggak sekali...
Yang masuk masjid/surau dipersoalkan....
Yang menutup itu dipersoalkan.... perlu ke tanya "Kenapa pakai tudung?" Seriously?

Lepas ini saya nak tanya, "Kenapa awak pakai miniskirt?" Boleh?

HAISH!

p/s : kenal seseorang yang bertunang senyap-senyap, segan katanya sebab belum halal lagi....

Monday 9 April 2012

Shopping!!!

Kepada perempuan di luar sana..... jangan shopping dengan lelaki.....
Kenapa?
Sebab mereka shopping lagi lama daripada perempuan!!!
Saya ada bukti. Saya beli kasut; straight pergi kedai kasut, pilih kasut, minta saiz, try, jalan 2-3 langkah, bayar.
The Felda Guy tu, round satu shopping complex, last, beli 3 pair of socks. YES! Round keliling shopping complex...


(-..-')


Lepas tu, nak ajak round Downtown..... 


Perasaan saya pada masa itu (google)
Nasib baik tak jadi... kalau tak, memang terjadi kejadian di dalam gambar di atas.
Sekian.

P/s : shopping pada hari 'No plastic bag' sangat x best bila anda lupa bawa beg sendiri...

Wednesday 28 March 2012

Intai Sikit...

Saya suka ber'twitter' atau ber'facebook' dalam train masa pergi/balik kerja. Chatting pun sama. tapi Yang tak sedapnya.. orang disebelah tu, nak juga intai apa yang kita tulis.... Intai sikit-sikit tu tak apa... ini sampai saya perasan....

Tuesday 27 March 2012

Untungla......

Terus terang, saya tidak suka perkataan tu.Kenapa perlu cakap macam itu? Tau tak, orang yang dituju itu terasa sangat bila anda cakap macam tu...
Saya pernah terkena juga, saya terus sakit hati dan malas hendak teruskan cerita saya.
dalam bahasa kasar "tak ada mood doh..."

Anda berkata begitu seolah-olah orang itu tidak berusaha langsung dan dapat kerana orang beri... Orang itu berusaha dengan gigihtau....
saya memang senyum kepada orang yang berkata begitu, tapi dalam hati.... haish...


So, jangan hairan saya bersikap dingin dengan orang yg berkata "Untungla....."

Mainan Rindu...

Permainan yang selalu dimainkan oleh Bujang Felda.... Mana tidaknya, almost 3 weeks tau..... Padahal bukan jauh pun.... kawasan sebelah ja...
Karang jumpa hari-hari, bosan....
Tak jumpa, seksa wo.....
Jangan lupa, dia juga suka buli saya, buli ala-ala manja....
Yang kena buli ni?

p/s : buli manja apa..... blanja aiskrim 1000x....

Sunday 25 March 2012

Cantik...

Apa itu cantik?

Adakah cukur kening, colourful lenses, rambut rebonding atau dikerintingkan & diwarnakan, make up tebal, teman lelaki sentiasa disisi, bibir dibuat-buat tebal, melentik, legging for everywhere, fashion up to date and  high heels lebih dari 3 inci?

Adakah itu cantik?
Kalau itu cantik, saya tak cantik....

Saya ada bantal untuk jadi salon saya.
Saya ada kening yang tidak dicukur, cuma pernah cabut sehelai sebab tangan gatal >> sumpah sakit!!
Saya ada mata berwarna coklat gelap yang rabun jauh.
Saya ada duit untuk beli kain yang cukup menutup apa yang patut.

ok... saya tak cantik

Saturday 24 March 2012

Perlu ke?

Perlu ke tanya soalan sensitif?
Perlu ke tanya soalan peribadi?
Perlu ke tanya soalan bodoh?
Perlu ke tanya soalan yang boleh menyakitkan hati?
Perlu ke tanya soalan yang tiada kaitan dengan diri anda?
Perlu ke tanya soalan sampai macam tu sekali?

Perlu sangat ke?


Friday 23 March 2012

Bukan apa... Tapi....

Pernah tak kita hadapi situasi yang menyebabkan kita kata begitu?
Me?
Banyak kali.....
Itu tanda merajuk, terkilan dan ada masa nak gigit orang itu sampai dia faham apa maksud kita.
Bukan apa... Tapi ... dah geram sangat.


...ini yang saya nak buat kat dia...



... muka dia memang macam ini ...
p/s : saya bosan...

Thursday 22 March 2012

Jangan Cari Pasal...!

Putera Felda pernah berpesan :

"Kita tak boleh jangka tindakan seseorang itu..."

Oleh itu jangan cari pasal dengan orang di sekeliling kita. nanti tak pasal-pasal timbul kes simbah asid, ditikam kat kedai makan, arsenik (racun tikus) & macam- macam lagi....

Tapi, kita boleh kawal setiap apa yang kita buat.
Dah baligh, dah boleh fikir... kan?
Apa yang betul, apa yang salah.
Lari dari rumah tu salah yek! << selingan
Jangan sakitkan hati orang kalau kita tak nak orang sakitkan hati kita. Kalau bukan orang itu sendiri  [@dia bawak geng ] yang balas balik, orang lain yang sakitkan hati kita. 

*Putera Felda yang dimaksudkan adalah nama rekaan, dia masih hidup dan sering buli saya. Sekian.

Wednesday 21 March 2012

Terkhayal sebentar...


source : google image

Hanya terkhayal seketika, tak lama, 15 saat jer.... terus tersalah naik tren hari ini.....
Yes! saya salah naik tren... (=..=")

5 saat pertama - gelabah
15 saat seterusnya - mengadu pada yang patut...
30 saat seterusnya - mesej kat boss.....
5 minit seterusnya - kutuk diri-sendiri....
20 minit kemudian - sampai office, boss senyum... nampak boss macam nak gelak pun ada....


Memang nasib hari ini.....

Tuesday 20 March 2012

Aurora Enryq or Khyra Scherbatsky

Aurora Enryq or Khyra Scherbatsky....
None of that is me...
Just an alter ego like Dr Jekyll and Mr Hyde or Superman and Clark Kent.

I’m just ordinary girl who not good in English but teaching English. Irony. Yup… I’m graduate from local university; major in Instrumentation (Physics). Some of you may know what is Instrumentation in Physics… Tapi susah gile tau!