Wednesday 28 March 2012

Intai Sikit...

Saya suka ber'twitter' atau ber'facebook' dalam train masa pergi/balik kerja. Chatting pun sama. tapi Yang tak sedapnya.. orang disebelah tu, nak juga intai apa yang kita tulis.... Intai sikit-sikit tu tak apa... ini sampai saya perasan....

Tuesday 27 March 2012

Untungla......

Terus terang, saya tidak suka perkataan tu.Kenapa perlu cakap macam itu? Tau tak, orang yang dituju itu terasa sangat bila anda cakap macam tu...
Saya pernah terkena juga, saya terus sakit hati dan malas hendak teruskan cerita saya.
dalam bahasa kasar "tak ada mood doh..."

Anda berkata begitu seolah-olah orang itu tidak berusaha langsung dan dapat kerana orang beri... Orang itu berusaha dengan gigihtau....
saya memang senyum kepada orang yang berkata begitu, tapi dalam hati.... haish...


So, jangan hairan saya bersikap dingin dengan orang yg berkata "Untungla....."

Mainan Rindu...

Permainan yang selalu dimainkan oleh Bujang Felda.... Mana tidaknya, almost 3 weeks tau..... Padahal bukan jauh pun.... kawasan sebelah ja...
Karang jumpa hari-hari, bosan....
Tak jumpa, seksa wo.....
Jangan lupa, dia juga suka buli saya, buli ala-ala manja....
Yang kena buli ni?

p/s : buli manja apa..... blanja aiskrim 1000x....

Sunday 25 March 2012

Cantik...

Apa itu cantik?

Adakah cukur kening, colourful lenses, rambut rebonding atau dikerintingkan & diwarnakan, make up tebal, teman lelaki sentiasa disisi, bibir dibuat-buat tebal, melentik, legging for everywhere, fashion up to date and  high heels lebih dari 3 inci?

Adakah itu cantik?
Kalau itu cantik, saya tak cantik....

Saya ada bantal untuk jadi salon saya.
Saya ada kening yang tidak dicukur, cuma pernah cabut sehelai sebab tangan gatal >> sumpah sakit!!
Saya ada mata berwarna coklat gelap yang rabun jauh.
Saya ada duit untuk beli kain yang cukup menutup apa yang patut.

ok... saya tak cantik

Saturday 24 March 2012

Perlu ke?

Perlu ke tanya soalan sensitif?
Perlu ke tanya soalan peribadi?
Perlu ke tanya soalan bodoh?
Perlu ke tanya soalan yang boleh menyakitkan hati?
Perlu ke tanya soalan yang tiada kaitan dengan diri anda?
Perlu ke tanya soalan sampai macam tu sekali?

Perlu sangat ke?


Friday 23 March 2012

Bukan apa... Tapi....

Pernah tak kita hadapi situasi yang menyebabkan kita kata begitu?
Me?
Banyak kali.....
Itu tanda merajuk, terkilan dan ada masa nak gigit orang itu sampai dia faham apa maksud kita.
Bukan apa... Tapi ... dah geram sangat.


...ini yang saya nak buat kat dia...



... muka dia memang macam ini ...
p/s : saya bosan...

Thursday 22 March 2012

Jangan Cari Pasal...!

Putera Felda pernah berpesan :

"Kita tak boleh jangka tindakan seseorang itu..."

Oleh itu jangan cari pasal dengan orang di sekeliling kita. nanti tak pasal-pasal timbul kes simbah asid, ditikam kat kedai makan, arsenik (racun tikus) & macam- macam lagi....

Tapi, kita boleh kawal setiap apa yang kita buat.
Dah baligh, dah boleh fikir... kan?
Apa yang betul, apa yang salah.
Lari dari rumah tu salah yek! << selingan
Jangan sakitkan hati orang kalau kita tak nak orang sakitkan hati kita. Kalau bukan orang itu sendiri  [@dia bawak geng ] yang balas balik, orang lain yang sakitkan hati kita. 

*Putera Felda yang dimaksudkan adalah nama rekaan, dia masih hidup dan sering buli saya. Sekian.

Wednesday 21 March 2012

Terkhayal sebentar...


source : google image

Hanya terkhayal seketika, tak lama, 15 saat jer.... terus tersalah naik tren hari ini.....
Yes! saya salah naik tren... (=..=")

5 saat pertama - gelabah
15 saat seterusnya - mengadu pada yang patut...
30 saat seterusnya - mesej kat boss.....
5 minit seterusnya - kutuk diri-sendiri....
20 minit kemudian - sampai office, boss senyum... nampak boss macam nak gelak pun ada....


Memang nasib hari ini.....

Tuesday 20 March 2012

Aurora Enryq or Khyra Scherbatsky

Aurora Enryq or Khyra Scherbatsky....
None of that is me...
Just an alter ego like Dr Jekyll and Mr Hyde or Superman and Clark Kent.

I’m just ordinary girl who not good in English but teaching English. Irony. Yup… I’m graduate from local university; major in Instrumentation (Physics). Some of you may know what is Instrumentation in Physics… Tapi susah gile tau!