Wednesday, 28 March 2012

Intai Sikit...

Saya suka ber'twitter' atau ber'facebook' dalam train masa pergi/balik kerja. Chatting pun sama. tapi Yang tak sedapnya.. orang disebelah tu, nak juga intai apa yang kita tulis.... Intai sikit-sikit tu tak apa... ini sampai saya perasan....

Tuesday, 27 March 2012

Untungla......

Terus terang, saya tidak suka perkataan tu.Kenapa perlu cakap macam itu? Tau tak, orang yang dituju itu terasa sangat bila anda cakap macam tu...
Saya pernah terkena juga, saya terus sakit hati dan malas hendak teruskan cerita saya.
dalam bahasa kasar "tak ada mood doh..."

Anda berkata begitu seolah-olah orang itu tidak berusaha langsung dan dapat kerana orang beri... Orang itu berusaha dengan gigihtau....
saya memang senyum kepada orang yang berkata begitu, tapi dalam hati.... haish...


So, jangan hairan saya bersikap dingin dengan orang yg berkata "Untungla....."

Mainan Rindu...

Permainan yang selalu dimainkan oleh Bujang Felda.... Mana tidaknya, almost 3 weeks tau..... Padahal bukan jauh pun.... kawasan sebelah ja...
Karang jumpa hari-hari, bosan....
Tak jumpa, seksa wo.....
Jangan lupa, dia juga suka buli saya, buli ala-ala manja....
Yang kena buli ni?

p/s : buli manja apa..... blanja aiskrim 1000x....

Sunday, 25 March 2012

Cantik...

Apa itu cantik?

Adakah cukur kening, colourful lenses, rambut rebonding atau dikerintingkan & diwarnakan, make up tebal, teman lelaki sentiasa disisi, bibir dibuat-buat tebal, melentik, legging for everywhere, fashion up to date and  high heels lebih dari 3 inci?

Adakah itu cantik?
Kalau itu cantik, saya tak cantik....

Saya ada bantal untuk jadi salon saya.
Saya ada kening yang tidak dicukur, cuma pernah cabut sehelai sebab tangan gatal >> sumpah sakit!!
Saya ada mata berwarna coklat gelap yang rabun jauh.
Saya ada duit untuk beli kain yang cukup menutup apa yang patut.

ok... saya tak cantik

Saturday, 24 March 2012

Perlu ke?

Perlu ke tanya soalan sensitif?
Perlu ke tanya soalan peribadi?
Perlu ke tanya soalan bodoh?
Perlu ke tanya soalan yang boleh menyakitkan hati?
Perlu ke tanya soalan yang tiada kaitan dengan diri anda?
Perlu ke tanya soalan sampai macam tu sekali?

Perlu sangat ke?